Tahukah anda terlalu banyak maklumat juga adalah penyakit lebih-lebih lagi ketika zaman teknologi maklumat sekarang yang tidak membataskan sesiapa memperolehi maklumat yang dicari.Maklumat yang didapati dari forum,blog atau ebook dan lain-lain kadangkala jika tidak dibendung cuma akan menyusahkan diri kita sendiri nanti.Pernahkah anda mencari sesuatu maklumat dari pelbagai sumber yang kemudiannya cuma membuang masa anda membaca perkara sama atau yang langsung tiada kena mengena.
Mungkin selepas ini anda perlu membuat senarai beberapa perkara yang perlu sahaja ketika anda mencari maklumat untuk mengelakkan information overload ini.Bukan bermakna kurang bermaklumat maka kurang berilmulah seseorang itu cuma kadangkala ia perlu dikawal supaya ketika anda mencari maklumat anda tidak terpesong melencong kearah maklumat lain yang bukan anda cari pada mulanya.Jadi ketika mencari sesuatu itu perlulah berdisiplin supaya tidak terpesong dari matlamat asal.
Malaysia kini telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya.Kepada yg telah berjaya..teruskan kejayaan anda..Kepada yg baru hendak bermula sila tingkatkan lagi usaha anda,jangan putus asa,teruskan belajar..pelaburan yg paling bermakna adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












No comments:
Post a Comment