Malaysia kini telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya.Kepada yg telah berjaya..teruskan kejayaan anda..Kepada yg baru hendak bermula sila tingkatkan lagi usaha anda,jangan putus asa,teruskan belajar..pelaburan yg paling bermakna adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu..

Tuesday, February 24, 2009

Gagal sebelum berjuang

Apakah yang sering membuat kita gagal,adakah kerana pemikiran kita ataupun nasib yang sering dipersalahkan.Apapun alasan yang kita reka,itu sebenarnya adalah punca kegagalan tersebut.Sering kali kita menyalahkan nasib yang tidak menyebelahi.Persoalannya adakah alasan sebegitu masih boleh diterima.Saya tidak melawan qada dan qadar Tuhan juga tidak menyalahkannya,cuma ada segelintir pihak yang berharap pada sesuatu yang cuma 10% usaha dan 90% nasib.Adakah mereka ini masih tidur dikala orang lain mengecapi apa yang dikehendakinya,tidakkah mereka sedar betapa jauhnya mereka ketinggalan.
Atau mereka masih tidak faham apa itu erti gagal sebelum berjuang,ataupun mereka ini terlalu takut dengan risiko yang direka di akal fikiran mereka sebelum mereka mengetahui risiko sebenar.
Gagal selepas mencuba ertinya anda gagal dalam merancang,perancangan adalah penting dalam setiap yang dilakukan.Tanpa perancangan segalanya hanya bergantung pada kekuatan sementara yang dipunyai pada mulanya dan berkurangan mengikut masa.Perlukan diberikan sesuatu motivasi pada mereka barulah mahu bergerak dan melakukan kembali apa yang mereka mahukan.
Cuba anda fikirkan kembali dimana anda sekarang,bagaimana keadaan anda sekarang,adakah anda perolehi apa yang anda hajati,kerana apa anda masih tidak memperolehi.Tindakan adalah kunci segalanya,tanpa tindakan tiada apa yang akan berlaku.Anda tidak boleh hanya menunggu sesuatu berlaku,kerana anda perlu menjadikan sesuatu itu berlaku.Anda fikirkanlah sendiri.