Malaysia kini telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya.Kepada yg telah berjaya..teruskan kejayaan anda..Kepada yg baru hendak bermula sila tingkatkan lagi usaha anda,jangan putus asa,teruskan belajar..pelaburan yg paling bermakna adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu..

Friday, April 10, 2009

Kaizen… Betul Ke Rahsia Orang Jepun Terbongkar

Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit… Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.

Untuk berjaya, anda perlu menanam konsep ini. Fikirkan diri anda sebagai jentera kearah kejayaan. Setiap hari, perbaiki hanya 1% daripada usaha anda. Esok, anda akan perbaiki 2%… lusa pula 3%… dalam masa 100 hari dari sekarang sekiranya setiap hari anda dedikasikan untuk memperbaiki cuma 1% daripada usaha anda ke arah kejayaan, anda berjaya perbaiki diri anda 100% dari keadaan anda kini!

Kaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya! Itulah dianya Rahsia Orang Jepun Terbongkar