Rasanya ramai yang kecewa dengan kekalahan Dato' Lee Chong Wei kepada Lin Dan.Ada yang cakap Dato' kurang cergas hari tu,tidak kurang juga yang cakap Lin Dan memang layak untuk menang.Pada saya apa pun pendapat mereka itu semua sudah berlaku dan mungkin memang Dato' ada kesilapan.Persoalan yang saya nak huraikan hari ini berkaitan penerimaan kesilapan.
Sejauh mana anda dapat mendalami sesuatu kesilapan yang pernah anda lakukan.Adakah anda dapat mengaku dan menerimanya dengan redha.Atau pun anda berdolak-dalik dengan menyalahkan orang lain.Pernah tak anda buat penilaian dengan kesilapan yg dilakukan itu.Adakah anda dapat menerima nasihat daripada orang lain atau kritikan yg dashyat-dashyat dari pengkritik yg sebenarnya membina jikalau diterima dari sudut positif.
Kesilapan berlaku pada semua manusia,ini memang tidak boleh dielakkan.Sebenarnya tidak kira siapa anda,apa yg anda lakukan.Lakukanlah dengan sepenuh hati,jangan takut dengan kesilapan,kekalahan,kutukan,kegagalan dan kemenangan sekali pun.Jangan sekali-kali ego dengan diri anda sendiri,buat penilaian tentang diri anda sendiri.Dengar kritikan dan kutukan sebagai senjata untuk anda bangkit di masa hadapan walaupun sebenarnya ianya menyakitkan hati.Kerana kritikan itu adalah cabaran,jadikanlah diri anda seorang yg suka menyahut cabaran supaya tiada apa yg mustahil tidak dapat dilakukan.
Apa yg anda lakukan hari ini adalah laluan untuk masa hadapan kelak.Lakukan hari ini dan bukan esok atau lusa atau tolat...
Malaysia kini telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya.Kepada yg telah berjaya..teruskan kejayaan anda..Kepada yg baru hendak bermula sila tingkatkan lagi usaha anda,jangan putus asa,teruskan belajar..pelaburan yg paling bermakna adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












No comments:
Post a Comment